Krisis pewarisan takhta Tunku_Abdul_Rahman_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail

Dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor

Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor oleh ayahandanya, Sultan Ismail pada 10 Ogos 1961, setelah kekandanya, Tunku Mahmood Iskandar dilucutkan dari jawatan itu yang dikatakan atas sebab salah laku.[6] Lima tahun kemudian pada bulan Disember 1966, Tunku Mahmood Iskandar telah dilantik sebagai Raja Muda Johor di atas permintaan Sultan Ismail sendiri dan diluluskan oleh Jumaah Majlis DiRaja Johor. Tunku Mahmood Iskandar berada dalam barisan kedua pewarisan takhta kerajaan monarki Johor di belakang adindanya, Tunku Abdul Rahman.[7]

Diturunkan dan dilantik sebagai Tunku Bendahara Aris Johor

Pada 29 April tahun 1981, apabila Sultan Ismail dalam keadaan gering, Tunku Iskandar dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor (11 hari). Baginda Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 dan pengganti Sultan Johor telah diisi Tunku Mahmood Iskandar pada 11 Mei 1981.[8] Keputusan itu telah mengejutkan ramai pihak, termasuk Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Saat yang segera mengkritik tindakan Sultan Iskandar, dan terus mendapat murka baginda pada masa yang sama. Tunku Abdul Rahman kini menjawat tugas Tunku Bendahara Aris Johor memutuskan untuk berdiam diri pada awalnya, tetapi kemudian beliau meluahkan rasa terkejut dan kecewa atas keputusan almarhum ayahandanya pada saat-saat akhir hayatnya, menyatakan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan semasa dua puluh tahun menjawat tugas sebagai Tunku Mahkota Johor dan juga menyebutkan beberapa sumbangan besar kepada negeri semasa penjawatannya.[9]